ADAKAH ANDA GAGAL MENURUNKAN BERAT BADAN.ADAKAH HORMON ANDA SEIMBANG?
Masalah hormon yang tidak seimbang memainkan peranan yang penting jika kita gagal menurunkan berat badan. Jika kita berdiet, berat akan turun perlahan atau tidak turun langsung dan selalunya menyebabkan kita kecewa untuk terus berdiet. Kita perlu faham bahawa hormon ini adalah sejenis bahan kimia yang dirembeskan kedalam saluran darah oleh kelenjar endokrin badan kita. Ianya bertugas untuk menyelaraskan proses-proses yang penting didalam tubuh badan. Selalunya kaum wanita kerap menghadapi masalah ini namun begitu tidak mustahil bahawa kaum lelaki juga tidak terkecuali akan gejala ini.Diantara tanda-tanda umum yang anda menghidapi masalah hormon adalah seperti berikut:-
- Perubahan perasaan yang tidak menentu samada didalam fasa pra-haid atau tidak
- Selalu cepat marah - sukar mengawal perasaan
- Cepat merubah fikiran serta perasaan
- Menangis tanpa sebab tertentu
- Lesu serta kurang bertenaga
- Kemerosotan daya ingatan
- Selalu merasa gelisah
- Kerap pening kepala
- Hipoglisemia atau merasa tidak menentu serta tidak bermaya dalam 1 atau 2 jam selepas makan
- Nafsu makan yang meningkat
- Sukar untuk menurunkan berat badan atau berat semakin meningkat dengan cepat
- Mengalami jerawat degil
- Mengalami ruam-ruam panas serta berpeluh pada waktu malam
- Alopesia atau keguguran rambut
- Hilang minat terhadap seks
- Kulit kusam dan tidak berseri
- Kulit berminyak
- Hirsutisme atau peningkatan jumlah rambut halus pada tubuh badan atau wajah (misai halus)
Nasihat saya perbetulkanlah masalah hormon ini terlebih dahulu barulah kita boleh menurunkan berat badan atau berdiet.